LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Stadium Negeri Sarawak jadi saksi Kuching City peroleh tiga mata pertama
Hasrat Kuching City untuk mendapatkan tiga mata pertama saingan Liga Super Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila memperoleh kemenangan bersih berdepan juara Piala Cabaran 2023, PDRM, di Stadium Negeri, Sarawak, sebentar tadi.
Jaringan pembukaan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak hadir seawal minit kedua permainan menerusi pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Daniel Amier, selepas umpanan dari penyerang utama, Jordan Mintah, memberikan ruang buat pemain berusi 27 tahun melepaskan rembatan.
Peluang terbaik PDRM tiba untuk menyamakan kedudukan kian terlepas susulan sepakan Bruno Suzuki berjaya dihalang oleh pertahanan kental The Cats, Jimmy Raymond, meskipun penjaga gol, Shahril Sa'ari, telah tewas pada awalnya.
Iklan
Bekas pemain Kedah dan Selangor, Ifedayo Olusegun, turut mengecewakan kem PDRM apabila sepakan penaltinya tidak disempurnakan dengan baik akibat kecemerlangan Shahril Sa'ari menepis peluang itu.
Kedukaan anak-anak buah P.Maniam terus bertambah tatkala Jordan Mintah menggandakan kelebihan buat pasukan tuan rumah di sebalik memberikan jaringan kemenangan hasil daripada sepakan penalti pada minit akhir permainan.
Must-Watch Video