Liga Super: Sri Pahang tidak boleh liar -- Fandi Ahmad

Saufi Tahir
Disember 16, 2024 20:41 MYT
Kem Sri Pahang bercita-cita tinggi untuk mencuri satu mata di bumi Johor berdepan cabaran Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang aksi Liga Super 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam esok.
Skuad Tok Gajah cemerlang dalam dua aksi terakhir Piala Malaysia 2024/25 apabila berjaya meraih kemenangan beturut-turut ke atas Selangor dan Perak dengan pengendali pasukan itu, Fandi Ahmad, berasa yakin dengan kemampuan anak buah untuk tampil lebih baik menentang JDT dengan sekurang-kurangnya memburu satu mata.
Dalam pada itu, Fandi juga memaklumkan bahawa jentera pertahanan Tok Gajah bakal diserikan semula dengan kehadiran pertahanan import dari Argentina iaitu Stefano Brundo.
Sebelum ini, Brundo terpaksa berehat panjang akibat kecederaan pada kaki kanan yang menimpanya pada September lalu.
"Kami harus ada keyakinan yang kami mampu bersaing dengan mereka, mungkin mereka ada banyak kelebihan tetapi kami perlu fokus dan disiplin.
"Paling penting kita (Sri Pahang) tidak boleh bertindak liar, perlu sentiasa tenang dan mungkin peluang dengan serangan balas. Jangan berputus asa walaupun mereka mencetak gol, mudah-mudahan kami dapat bersaing dengan mereka.
"Stefano Brundo sudah berlatih, kami akan cuba lihat melihat kecergasannya, jika dia cergas mungkin dia akan beraksi." katanya.

Liga Super: Pemain Import dari Argentina, Stefano Brundo dijangka kembali menguatkan pertahanan skuad Tok Gajah menjelang aksi bertemu JDT esok di Stadium Sultan Ibrahim. Kecederaan di kaki kanannya sejak September lalu tampak sudah pulih sepenuhnya!@ASTROARENA pic.twitter.com/0bJsmGhtwl

— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) December 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Fandi Ahmad #Sri Pahang #Liga Super 2024/25
;