Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Skuad Jangs jadi santapan Harimau Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-1.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta jaringan apabila membenam Negeri Sembilan FC 7-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Paroi, sebentar tadi.

Johor Darul Ta'zim selaku pasukan pelawat dominasi perlawanan dengan terlebih dahulu melancarkan serangan yang hampir memberikan jaringan bamun tandukan Corbin Ong ditepis Sikh Izhan.

Namun gawang Negeri Sembilan tidak bertahan lama apabila Fernando Forestieri membuka tirai jaringan pada minit ke-20.

Tersentak, giliran Negeri Sembilan pula membalas dengan ledakan Casagrande namun sedikit melepasi palang.

Menuju rehat, JDT semakin selesa apabila Diogo Luis Santo menggandakan jaringan.

Sebaik bersambung separuh masa kedua, JDT dihadiahkan sepakan penalti akibat kesalahan Tommy Mawat yang mengasari Arif Aiman Hanapi, dengan mudah Forestieri meraih gol kedua peribadi dalam perlawanan ini.

Beberapa minit kemudian, giliran Arif pula menembusi gawang Negeri Sembilan untuk menjadikan kedudukan 4-0.

JDT menambah tiga lagi jaringan, dua daripada Corbin serta satu daripada Endrick Dos Santos bagi melengkapkan malam penuh gemilang juara bertahan itu bertandang di Paroi.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video