Liga Super: Siri kecederaan punca utama Arif Shaqirin tidak beraksi dengan baik
Zaki Zainal
Disember 27, 2023 20:23 MYT
Disember 27, 2023 20:23 MYT
Pemain muda Kuala Lumpur City, Arif Shaqirin anggap 2023 bukanlah musim terbaik dalam karier bola sepaknya apabila berdepan siri kecederaan.
Bermula dengan kecederaan hamstring pada Februari, Arif yang dipinjamkan ke Perak kemudian berdepan kecederaan buku lali yang menyaksikan dia hanya beraksi dalam enam perlawanan Liga Super musim ini.
Arif Shaqirin berkata dalam Nadi Arena, "Saya rasa salah satu sebab mungkin faktor kecederaan awal musim bersama Perak, kecederaan hamstring dengan buku lali,"
"Dan saya ada dapat minit permainan selepas kehadiran jurulatih Yusri dan apabila balik ke KL saya kurang dapat kepercayaan kepada jurulatih."
"Sebagai satu pemain, memang rasa tertekan sebab kita nak dapatkan minit permainan tu sebab minit permainan sangat penting untuk seorang pemain untuk dapatkan keyakinan apabila kurang bermain kita akan kurang keyakinan diri."