Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Sikh Izhan calon penjaga gol utama Selangor musim depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sikh.jpg
Selangor sudah temui pengganti Khairulazhan Khalid?

Penjaga gol Harimau Malaya, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, akan pulang semula ke pangkuan Gergasi Merah selepas tempoh pinjaman bersama Penang bakal berakhir pada penghujung bulan ini. 

Selama dua musim penjaga gawang Harimau Malaya itu berkelana ke pasukan lain demi mendapatkan minit permainan dan membina prestasi terbaik demi menambat hati ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski pada masa akan datang.

2023 menyaksikan Sikh Izhan menjadi pemain utama Negeri Sembilan dan namanya kembali menjadi bualan ekoran persembahan membanggakan musim tersebut.

 

Menurut transfermarkt, bintang berusia 23 tahun itu membuat 23 penampilan bersama Harimau Kumbang, selain mencatatkan tujuh keputusan bersih tanpa bolos. 

Sikh Izhan akan menyertai semula naib juara Liga Super itu dan akan merebut tempat yang akan diberi saingan oleh penjaga gol berpengalaman seperti Samuel Somerville, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan Azim Al-Amin. 

Advertisement

Must Watch Video