Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Seorang lagi bintang tinggalkan Selangor?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alex.jpg
Selepas dua pertahanan kental Selangor meninggalkan kelab itu, dijangka seorang lagi pemain bakal mengikuti jejak langkah sama? 

Perjalanan Fazly Mazlan bersama Gergasi Merah berakhir selepas menjadi pemain terbaru yang akan meninggalkan juara MFL Challenge Cup 2024/26 itu.

Dalam masa sama, pemain kebangsaan Singapura, turut kembali ke negara kelahirannya meskipun berbaki satu tahun kontrak susulan dipinjamkan oleh naib juara Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), Lion City Sailors, untuk musim hadapan.

Dan seterusnya, tonggak tengah naib juara Liga Super itu, Alex Agyarkwa, turut memberi bayangan mengucapkan selamat tinggal kepada skuad kendalian Katsuhito Kinoshi dalam masa terdekat. 

Khabar angin itu semakin kuat apabila pemain 24 tahun itu tidak mengikuti skuad utama menghadapi jelajah pramusim di Thailand. 




Menerusi perkongsiannya di Instagram, Alex Agyarkwa seperti memberi pengesahan tentang ura-ura tersebut dengan satu ucapan ringkas.

"Latihan terakhir bersama rakan-rakan," katanya.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa pemain kelahiran Ghana itu akan memperkuat Negeri Sembilan seperti yang didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. 

Menerusi laman transfermarkt, kontraknya sudah berakhir bersama Selangor sekitar Mei lalu.

Untuk rekod, Alex Agyarkwa sertai Selangor pada tahun 2021 dan merekodkan 64 penampilan selain melakukan 11 bantuan jaringan meskipun musim lalu bergelut dengan kecederaan.

 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video