Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Sensasi Saddil pastikan Sabah berpesta gol ke atas PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

saddil-sabah-pdrm.jpg
SABAH 4 PDRM 0

Sabah FC membuka kempen Liga Super 2023 dengan penuh bergaya apabila mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas PDRM FC di Stadium Likas sebentar tadi.

Gol berganda Saddil Ramdani dalam babak berbeza selain masing-masing satu jaringan daripada Park Tae-su dan Stuart Wilkin, menunjukkan betapa pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu berada di satu tahap berbeza berbanding pelawat.

Penyerang import dari Indonesia, Saddil, membuka jaringan seawal minit ke-13 dengan melakukan larian dari sebelah kanan sebelum meledakkan rembatan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Pasukan Negeri di Bawah Bayu itu kian selesa menjelang ke bilik persalinan apabila ketua pasukan, Tae-Su, menanduk masuk lintangan Saddil pada minit ke-38 untuk Sabah menamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan dua gol.

PDRM cuba memberikan tentangan lebih baik dalam babak kedua tetapi perjuangan mereka dimatikan Saddil, yang menemui jaringan kedua peribadinya pada minit ke-71, kali ini dengan menyudahkan gerakan serangan balas yang dimulakan dirinya sendiri.

Ketika perlawanan itu kelihatan akan berakhir dengan keputusan 3-0, pemain tengah negara, Stuart Wilkin, menambah satu lagi gol buat Sabah dalam waktu kecederaan dengan menyudahkan hantaran 'cut back' Rizal Ghazali.

Sabah seterusnya akan menantikan kunjungan Kelantan United pada Rabu depan sambil PDRM pula akan melayani tandangan Perak FC sehari sebelumnya.

Keputusan lain:
KELANTAN 1 KUCHING CITY 2
PERAK 1 KEDAH DARUL AMAN 4
KUALA LUMPUR CITY 2 PENANG 2

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video