Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Semua pasukan nak kalahkan kami -- Jurulatih KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klc.jpg
Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Risto Vidakovic, menganggap setiap perlawanan yang dilalui umpama tugasan berat buatnya bersama pasukan. 

Tiada istilah mudah buat skuad Warga Kota, rentetan semua pasukan ketika ini cuba mencari peluang untuk cetak kemenangan ke atas KL City buat kali pertama musim ini.  

Justeru, Vidakovic menegaskan prinsip berpegang kepada gelaran tanpa kalah bukan sesuatu yang mudah.

Vidakovic tetap berwaspada dengan mana-mana lawan, walaupun menduduki tangga tercorot ketika ini.

"Selepas ini, aksi mendatang akan menjadi sangat mencabar.

"Setiap pasukan kini mahu menjadi yang pertama dapat menewaskan kami.

 

"Motivasi dan dalam masa sama tekanan semakin menguji kami.

"Saya harap ia tidak berlaku. Kami hanya perlu meneruskan rentak kemenangan," katanya di Nadi Weekend.

Dua aksi persahabatan bertemu Timor Leste dan Australia Barat diibaratkan penyelamat yang cukup berguna buat KL City ketika tiada sebarang permainan menjelang minggu ke-10 Liga Super minggu hadapan.

Tewas 2-3 kepada Timor Leste dan kemenangan besar 6-1 bukan keutamaan, tetapi keperluan aksi kompetitif lebih ialah fokus utama.

"Kami tidak bermain sebarang perlawanan. Jadi, aksi pemanas badan ini merupakan keperluan bagi mengekalkan perancangan kami," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video