LIGA SUPER MSIA

Liga Super: Selangor tiada istilah sambil lewa, Sabah hargai pulang 1 mata

Shaiful Shamsudin 28/02/2025 | 11:53 MYT
Pertemuan Selangor menentang Sabah turut disajikan aksi mantap penjaga gol kedua-dua pasukan menerusi ketangkasan mengawal kubu masing-masing.
Tatkala Kalamullah Al-Hafiz cemerlang sebagai benteng akhir Selangor, Damien Lim pula tidak kurang hebatnya di gawang Sabah.
Dan kehebatan Kalamullah lebih terserlah apabila menyelamatkan sepakan penalti Darren Lok pada minit ke-73 untuk dinobat pemain terbaik perlawanan.
"Kami tidak boleh ambil mudah dalam baki empat perlawanan lagi.
"Kami perlu fokus perbaiki kelemahan malam ini, tingkatkan daripada segi penyudah," katanya.
Menurut Damien pula: "Kami main bagus sebagai satu pasukan. Kami ikut percaturan jurulatih dan ia membuahkan hasil.
"Selangor bukan pasukan yang mudah dihadapi di tempat lawan.
"Pujian kepada rakan sepasukan yang beraksi dengan amat bagus, kami patut raikan satu mata.
"Kami perlu bangkit apabila bertemu Terengganu."
#liga super #sabah #Selangor #Liga-M #DemiLigaKita