Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Selangor kembali ke tangga kedua menang selesa ke atas Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-vs-perak-fc.jpg
PERAK FC 0 SELANGOR FC 4

Selangor FC kembali ke tangga kedua Liga Super selepas meraih kemenangan selesa 4-0 ke atas Perak di Ipoh sebentar tadi.

Gol berganda Ayron del Valle dalam babak berbeza serta masing-masing satu gol daripada Faisal Halim dan Mukhairi Ajmal Mahadi meletakkan skuad Gergasi Merah itu kembali di tangga kedua liga dengan kelebihan perbezaan jaringan mengatasi pencabar terdekat, Sri Pahang FC.

Ayron membuka jaringan buat pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu menjelang lima minit sebelum waktu rehat menerusi sepakan percuma gemilangnya dari luar kawasan penalti, yang menerjah ke penjuru kanan bawah gawang T. Shaheeswaran.

Enam minit berselang, Faisal memastikan Selangor selesa ke bilik persalinan dengan kelebihan dua gol apabila bertindak bijak melepasi perangkap ofsaid ketika menerima lambungan Ayron sebelum melakukan gerakan solo menarik yang disempurnakan dengan satu penyudah tenang.

Selangor hanya memerlukan enam minit selepas perlawanan bersambung untuk melebarkan kelebihan mereka, kali ini hasil penyudah jarak jauh Mukhairi Ajmal.

Ayron kemudian memperoleh gol kedua peribadinya dengan menanduk masuk lintangan Norhakim Hassan pada minit ke-70 untuk kekal bersaing dalam perebutan Anugerah Kasut Emas musim ini.

Selangor kini mengumpulkan 25 mata selepas 11 perlawanan, kurang lapan mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Keputusan lain:
SRI PAHANG FC 1 PENANG FC 0
KELANTAN UNITED 1 KUALA LUMPUR CITY FC 3
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video