Liga Super: Selangor jalani persiapan latihan bertemu Kedah


Mei 11, 2024 17:40 MYT
Selangor kini telah mula menjalani persiapan menghadapi saingan Liga Super berdepan Kedah Darul Aman dalam aksi yang bakal berlangsung minggu hadapan.
Selepas mengambil keputusan untuk menarik diri daripada aksi pembukaan Perlawanan Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim semalam.
Menerusi laman X, Selangor telah mula menjalani persiapan untuk perlawanan minggu kedua bertemu Kedah.

? Persiapan diteruskan di Pusat Latihan SFC menjelang perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC pada minggu hadapan. #SFC #MKLK#LambangKebanggaan pic.twitter.com/ay18Sq1dAE

— Selangor FC (@selangorfc) May 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad Gergasi Merah itu memohon untuk menunda Perlawanan Sumbangsih namun ia tidak diluluskan oleh penganjur saingan, Malaysian Football League (MFL) dan mereka memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam perlawanan untuk merebut Piala Sultan Ahmad Shah semalam.
Ia berikutan pemain utama mereka, Faisal Halim, yang telah mengalami insiden hitam apabila disimbah asid oleh dua individu yang dikenali Ahad lalu.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Selangor #Faisal Halim #DemiLigaKita
;