Naib juara Liga Super musim lalu, Selangor, akan memulakan perlawanan pertama kempen 2024/2025 bertemu skuad kendalian Nafuzi Zain, Kedah Darul Aman (KDA), di Stadium Petaling Jaya (MBPJ), Sabtu ini.

Selepas insiden yang menimpa pemain kebangsaan, Faisal Halim, The Red Giants membuat keputusan untuk menarik diri dari Perlawanan Sumbangsih bagi memberi ruang kepada pasukan itu bersolidariti terhadap kejadian yang berlaku minggu lalu.

Bersempena dengan aksi pertama, Selangor akan menganjurkan solidariti pada minit ketujuh sebagai tanda penghormatan dengan meminta semua penyokong untuk berdiri dan memberikan tepukan gemuruh kepada pemain yang berusia 26 tahun itu.