Liga Super: Sean Selvaraj harap mandat lebih besar bersama Tok Gajah


Februari 22, 2024 19:25 MYT
Sean yang kurang diberi kepercayaan musim lalu bersama Negeri Sembilan memulakan latihan hari pertama Sri Pahang pada Khamis tidak sabar untuk mencari peluang terbaiknya bersama pasukan baru.
Bekas pemain Selangor yang baru mengesahkan kelibatnya bersama Sri Pahang musim ini mengharapkan kemunculannya lebih baik berbanding musim 2023.
"Harap boleh belajar sesuatu daripada Fandi, selepas pertemuan dengan beliau dan kongsikan perancangan. Berharap diberi peluang yang adil", kata Sean.
Musim lepas Sean hanya membuat 14 penampilan dengan hanya 2 kali beraksi di kesebelasan utama.
Selepas bebas daripada kecederaan Mac tahun lalu, pemain ini tampak sukar untuk mencuri posisinya bersama Negeri Sembilan dan mengharap tuah musim 2024 lebih baik bersama skuad kendalian Fandi Ahmad.
"Ini keputusan yang tidak disangka orang lain, harap kemunculan di Sri Pahang mampu lebih baik selepas kurang beraksi musim lalu selain dipalit kecederaan," tambahnya.
#liga super #Liga-M #DemiLigaKita #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia
;