Kemenangan pertama Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super memberi makna dan nafas baharu buat penyokong tempatan usai menewaskan Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.
Selepas menumpaskan PDRM dalam aksi timbal balik pertama pusingan 16 Piala FA, tonik kecemerlangan diteruskan skuad Hobin Jang Hobin untuk kembali ke landasan sebenar tidak seperti musim lalu.
Jika dahulu Sang Rusa menamatkan kempen di tempat tercorot dan kurang memberi cabaran, musim ini mereka tampil lebih garang di bawah kendalian jurulatih, Nidzam Jamil.
Meskipun perlu menunggu sehingga lewat separuh masa kedua, namun semangat juang para pemain Negeri Sembilan sangat tinggi membuahkan hasil apabila kemasukan Mio Tsuneyasu diangkat sebagai wira dengan menghadiahkan dua gol kemenangan dramatik di tempat sendiri.
Bercakap selepas tamat permainan, pengendali berusia 45 tahun itu berbangga dengan anak buahnya, namun tidak meletakkan tekanan besar sehingga mampu membebani satu pasukan.
"Ada sasaran tertentu ditetapkan oleh kelab, patut berada di tempat tertentu.
"Tapi, saya tidak suka bercerita indeks prestasi utama (KPI).
"Biarlah ia rahsia dan kami sahaja yang tahu.
"Sekali lagi saya katakan, saya di sini untuk menjadikan pasukan Negeri Sembilan kebanggaan orang-orang Negeri Sembilan.
"Saya mahu setiap daripada mereka (penonton) lihat pemain-pemain berjuang untuk mereka.
"Itulah sasaran sebenar saya," katanya.
Untuk rekod, kali terakhir Negeri Sembila berjaya menewaskan Gergasi Merah pada 2022 di Petaling Jaya menerusi jaringan kemenangan Sean Selvaraj.
Selepas ini, Negeri Sembilan akan bertemu Kuching City pada Jumaat ini di Paroi.
Dapatkan Sekarang

Kebangkitan ?
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) August 24, 2025
Selepas Selangor membuka jaringan, #TheJangs bangkit dengan 2 gol di 10 minit terakhir menerusi Mio Tsuneyasu untuk cipta kemenangan dramatik di Paroi! ?️⚡#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/M3zIw5XaOk
"Ada sasaran tertentu ditetapkan oleh kelab, patut berada di tempat tertentu.
"Tapi, saya tidak suka bercerita indeks prestasi utama (KPI).
"Biarlah ia rahsia dan kami sahaja yang tahu.
"Sekali lagi saya katakan, saya di sini untuk menjadikan pasukan Negeri Sembilan kebanggaan orang-orang Negeri Sembilan.
"Saya mahu setiap daripada mereka (penonton) lihat pemain-pemain berjuang untuk mereka.
"Itulah sasaran sebenar saya," katanya.
Untuk rekod, kali terakhir Negeri Sembila berjaya menewaskan Gergasi Merah pada 2022 di Petaling Jaya menerusi jaringan kemenangan Sean Selvaraj.
Selepas ini, Negeri Sembilan akan bertemu Kuching City pada Jumaat ini di Paroi.

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang