Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Saya mahu menangis, kata penggempur import Kedah Darul Aman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

milos-gordic.jpg
Penggempur import Kedah Darul Aman, Milos Gordic, berasa sebak memikirkan nasibnya apabila pulang ke Serbia tanpa gaji. 

Selepas diturunkan dalam 25 perlawanan sepanjang kempen Liga Malaysia (Liga-M), pemain berusia 32 tahun dari Serbia itu buntu memikirkan kariernya berikutan kemelut gaji kelab berkenaan. 

Namun, Gordic cukup terharu dengan sambutan peminat-peminat tempatan meskipun dirinya sendiri tersepit dengan situasi yang melanda. 

"Saya pulang ke kampung halaman tanpa duit.

 

"Saya mahu menangis tapi saya tidak boleh buka mulut. 

"Setiap kali anda mengajukan soalan, saya tidak dapat beritahu apa-apa. 

"Tapi dengan keikhlasan hati, (saya terharu) kerana saya pergi ke mana-mana pun orang akan mengucapkan terima kasih," katanya yang menahan sebak selepas skuad Hijau Kuning menutup kempen musim ini dengan kekalahan 0-3 kepada Terengganu di Gong Badak, malam tadi.  
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video