LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Sang Saka Biru ikat JDT di Lembah Klang
PDRM berjaya mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-1 di Stadium Selayang dalam perlawanan minggu ketujuh saingan Liga Super 2024/2025, sebentar tadi.
PDRM berjaya membuka jaringan awal melalui hasil jaringan Shahrel Fikri pada minit ke-22, manakala gol JDT pula oleh Oscar Arribas pada minit ke-32.
Skuad Harimau Selatan terus mengukuhkan jentera serangan dalam separuh masa kedua untuk merobek gawang skuad kendalian P. Maniam tetapi corak pertahanan yang kemas menyukar sebarang penambahan jaringan.Keep pushing lads! ??#PDRMvJDT#LigaSuper#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/2uSnJm2uZz— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 31, 2024
Iklan
Begitupun, beberapa percubaan daripada kedua-dua tidak berjaya dinoktahkan untuk keputusan seri kekal hingga pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat.
Kedudukan itu menyebabkan pasukan kendalian Hector Bidoglio terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dan kekal sebagai pendahulu liga di kedudukan pertama dengan mengumpul 19 mata.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS7PDRM FC mengikat Johor Darul Ta'zim 1-1 di Selayang#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/5wO2f58km9— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 31, 2024
Dalam keputusan lain menyaksikan Selangor terikan 1-1 berdepan pasukan Sri Pahang dan KL City pula berjaya menewaskan Sabah 3-0 di Stadium Cheras.
Must-Watch Video