LIGA SUPER MSIA

Liga Super: Sang Kenari tempang berdepan Sri Pahang di Temerloh

Stadium Astro
Saufi Tahir
07/04/2025
11:25 MYT
Sponsor Banner
Liga Super: Sang Kenari tempang berdepan Sri Pahang di Temerloh
Kedah Darul Aman (KDA) hadir ke Temerloh dalam keadaan serba kekurangan selepas hanya membawa 17 pemain bagi menghadapi Sri Pahang dalam perlawanan minggu ke-24 Liga Super 2024/25, esok.
Lebih perit lagi, Sang Kenari hanya menyenaraikan Ifwat Akmal Chek Kassim selaku penjaga gol tunggal selain satu-satunya tonggak import ialah Ebenezer Assifuah.
Meskipun berdepan situasi sukar, pengendali kedah, Victor Andrag, tetap menaruh kepercayaan penuh kepada pemain sedia ada bagi menyekat hajat Tok Gajah untuk meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen liga.
Dia turut mengingatkan pasukannya untuk tidak memberikan ruang selesa kepada anak buah Fandi Ahmad sepanjang 90 minit perlawanan kerana sebarang kesilapan pastinya akan dihukum pasukan tuan rumah.
Andrag turut mengakui, jika berjaya membawa pulang satu mata ke Alor Setar, ianya sudah memadai untuk menyuntik semangat skuad Hijau Kuning dalam mengharungi baki dua perlawanan selepas ini.
"Kami cuba membuat persediaan dengan apa yang kami ada dan bukan sekadar melengkapkan jadual, jadi pemain saya sudah bersedia untuk memberikan cabaran.
"Daripada segi penggantungan tiada, daripada aksi terakhir kami bersaingan dan hanya membawa 17 pemain sahaja dan enam pemain B-23.
"Pahang cukup bermotivasi setelah segala masalah diselesaikan dan dalam membina pasukan untuk aksi Final Piala Malaysia, semestinya motivasi mereka cukup tinggi. Kami cuba beri yang terbaik dalam setiap aksi kami." katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video