Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Sah! Negeri Sembilan tolak dakwaan tandatangani pemain JDT, Jorge Obregon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faliq.jpg
Spekulasi mengenai pemain import Johor Darul Ta'zim (JDT), Jorge Obregon, ke Negeri Sembilan adalah tidak sahih memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Jang tampil menafikan dakwaan tersebut. 

Terdahulu, satu berita tersebar mengenai penyerang berasal dari Columbia itu yang meninggalkan Harimau Selatan meskipun sempat berlatih seketika bersama juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu yang sedang merangka persiapan pramusim. 

Pengembaraan pemain berusia 28 tahun itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) tampak bakal berakhir tatkala melihat perkongsian Bergson Da Silva dan Heberty Fernandez di Instagram yang mendoakan kesejahteraan Obregon selepas ini. 

Terdapat laporan mengatakan Obregon bakal menyertai pasukan Hoben Jang Hoben menjelang musim hadapan. 

Namun, tegas CEO, Faliq Firdaus Muhammad Rom, dia menyangkal khabar angin yang bertiup kencang itu.

"Dia (Obregon) adalah pemain yang sangat bagus. 

"Kami menghormati kualiti yang dimiliki, dan tidak menolak kemungkinan dia adalah penyerang yang berbisa.

"Akan tetapi, dia tidak berada dalam perancangan kami," katanya ketika dihubungi oleh Stadium Astro.

Tambahnya, Negeri Sembilan yang sedang rancak menandatangani pemain tempatan dan diperkuat beberapa muka besar seperti Luqman Hakim Shamsudin dan Azri Ghani akan mengumumkan pula kemasukan import bermula bulan ini.

"Pemain import akan diperkenalkan dalam masa terdekat secara berperingkat Julai ini," katanya lagi.

Menurut laporan sebelum ini, Sang Rusa tidak akan menggunakan sepenuhnya kuota 15 pemain import seperti yang diberikan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

"Kita tak sanggup nak beli sampai 15 orang yang dibenarkan itu.

"Kita akan menggunakan pemain import dan senior tetapi saya yakin dengan kehadiran ramai pemain baharu akan memberi nafas (galakan) kepada pemain muda kita," kata pengerusi kelab merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video