Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Safuwan Baharudin jawab khabar angin ke Lion City Sailors

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safuwan-baharudin.jpg
Melihat kepada kesempatan di antara pemain yang memilih untuk bergambar antara mereka memberi gambaran 'ucapan selamat tinggal'.

Ura-ura pemergian kapten pasukan Gergasi Merah, Safuwan Baharudin, selepas limna tahun berbakti di Lembah Klang antara yang menjadi tumpuan.

Ditanya benarkah dia akan kembali ke Singapura untuk menyertai Lion City Sailors yang akan beraksi di pentas Asia musim depan, Safuwan sebaliknya memilih untuk kunci mulut.

"Mungkin dalam beberapa hari lagi saya akan memberikan pengesahan.




"Setakat ini, saya berkemungkinan besar akan kekal, bergantung apa yang ditawarkan kelab. 

"Apa pun, apa sahaja boleh berlaku tetapi berdasarkan mutu persembahan, Selangor pasti akan membuat tawaran," katanya. 

Situasi sama turut melibatkan Khuzaimi Piee yang difahamkan tiada dalam rencana ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi, musim depan.

Walaupun mengakui berat untuk meninggalkan selangor, namun sedar itulah lumrah sebagai pemain bola sepak.

Khuzaimi mendedahkan kelibatnya masih ada dalam saingan Liga Super musim depan, namun tiada beri sebarang jawapan apabila Negeri Sembilan disebut-sebut sebagai destinasi seterusnya.

"Sepanjang dua musim bersama Selangor, banyak perkara yang saya dapat belajar. 

"Selangor merupakan pasukan yang besar di Malaysia. 

"Rakan sepasukan pun juga sudah dianggap sebagai keluarga, terima kasih kerana sudi menerima saya.

"Saya tidak akan lupakan apa yang saya dapat di Selangor," katanya pula.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video