Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Safawi teruja kembali 'berguru' dengan Tomislav Steinbruckner

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pawi.jpg
Pemain kelahiran Dungun, yang kini menjadi tonggak baru Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid, mengakui begitu teruja untuk kembali berguru dengan bekas ketua jurulatihnya, Tomislav Steinbruckner.



Jelasnya, sehingga kini dia masih memegang erat pesanan jurulatih kelahiran Croatia itu, yang lebih mesra digelar Tommy, ketika menyarung jersi kelab T-Team sembilan tahun lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu menyifatkan ia sebagai kata-kata azimat yang akan terus terpahat dalam hatinya.

"Pesanan beliau, 'dont loose the ball, keep position, keep hard' masih diingati sehingga kini.

"Ketika itu, saya masih muda dan kurang lagi pengalaman. Selain latihan berterusan dan bersungguh-sungguh, kata-kata Tommy itu menjadi pegangan dalam diri sebagai pemain bola sepak sehingga kini.

"Kini saya kembali semula mendapat tunjuk ajar daripada beliau, saya begitu teruja dan gembira. Saya harap dapat meningkatkan lagi prestasi, terutama selepas mendapat bimbingan daripada barisan kejurulatihan JDT sebelum ini," ujarnya.

Safawi turut merakamkan penghargaan buat semua barisan jurulatih TFC, JDT dan skuad kebangsaan yang membimbingnya sebelum ini.

Pemain yang menyarungkan jersi nombor 11 bersama TFC itu bertekad untuk terus berusaha lebih gigih dan mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan musim ini.

Terdahulu, Safawi bersama rakan sepasukannya dalam skuad JDT, Akhyar Rashid, menjawab teka-teki ramai setelah disahkan berpindah secara pinjaman bersama skuad Penyu itu bagi musim 2024/2025.

Sang Penyu, yang merupakan naib juara Piala Malaysia musim lalu, dijangka akan mengumumkan seorang lagi pemain import baru di posisi tengah bagi melengkapkan kuota enam tonggak import musim ini.

--Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video