Bekas tonggak import Sabah, Saddil Ramdani, percaya The Rhinos tetap mampu menjadi pencabar untuk perebutan kedudukan tiga teratas Liga Super, walaupun kehilangan beberapa pemain utama musim ini.
Dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dia menegaskan Sabah masih mempunyai pemain senior yang mampu memacu pasukan, tatkala turut mendedahkan keputusannya kembali ke Indonesia.
"Bersama jurulatih Datuk Ong Kim Swee, kami (semangat) kebersamaan kami sangat kuat untuk mencapai sasaran.
"Kalau meraih kedudukan kelima mahupun ketiga ke atas, itu sudah dikira satu pencapaian besar," katanya.
Sabah akan memulakan Liga Super musim ini dengan pertemuan menentang Melaka, Ahad ini, dan perlawanan ini dibawakan secara langsung di Arena Bola Saluran 804.
"Saya selalu mengikuti perkembangan Sabah dan mendoakan mereka akan tetap bersinar pada tahun berikutnya.
"Beberapa pemain import seperti Daniel Ting yang mempunyai kualiti bagi memimpin pemain tempatan, begitu juga dengan (peranan) pemain import dan jurulatih.
"Tidak kira pemain yang keluar masuk, saya tetap menyokong Sabah," katanya.