Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Sabah rampas tangga kedua selepas tewaskan Penang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah.jpg
PENANG FC 2 SABAH FC 4

Sabah FC melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Penang FC 4-2 di Stadium Bandaraya sebentar tadi.

Gol berganda daripada Baddrol Bakhtiar selain masing-masing satu gol daripada Jackson de Souza dan Stuart Wilkin, sudah cukup untuk memastikan pasukan Borneo itu memperoleh tiga mata penting sambil T. Saravanan dan Hilal El-Helwe muncul penjaring Harimau Kumbang.

Baddrol membuka jaringan buat Sabah dalam babak pertama selepas menanduk masuk umpanan Saddil Ramdani pada minit ke-22.

Bagaimanapun, Penang bangkit mengikat kedudukan dalam babak kedua menerusi penyudah Saravanan, yang menolak masuk lintangan daripada Endrick Dos Santos untuk menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat, pada minit ke-52.

Namun, kedudukan itu hanya bertahan selama enam minit apabila Jackson membiaskan bola hantaran Saddil untuk menewaskan Khatul Anuar Md Jalil buat kali kedua.

Dua minit berselang, Sabah kian selesa dengan kelebihan dua gol apabila Baddrol sekali lagi memainkan watak pemusnah, kali ini dengan penyudah akrobatiknya selepas menerima lambungan jauh Wilkin.

Wilkin kemudian turut menempa nama selaku penjaring pada minit ke-66 selepas memanfaatkan bola muntah susulan percubaan leret Neto Pessoa.

Hilal merapatkan kedudukan buat Penang pada minit ke-76 tetapi ia masih belum cukup untuk menggugat kemenangan kelima Sang Badak daripada tujuh perlawanan liga musim ini.

Dengan kemenangan itu, Sabah melonjak ke tangga kedua dengan 15 mata dan hanya dibezakan jumlah jaringan dengan pasukan di tangga ketiga, Negeri Sembilan FC, yang terikat tanpa jaringan dengan Kedah Darul Aman FC dalam satu lagi perlawanan.


  
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video