Liga Super: Sabah lanjut kontrak Kim Swee hingga tahun depan

Najmi Iman
November 5, 2024 20:58 MYT
Datuk Ong Kim Swee kekal mengemudi pasukan Sabah dalam kancah Liga Super Malaysia selepas kontraknya diperbaharui sehingga April tahun depan.
Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Khas bersama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) serta pasukan Sabah yang sebulat suara bersetuju mengekalkan bekas jurulatih kebangsaan itu.
“Kami menaruh keyakinan tinggi kepada Ong Kim Swee supaya dapat memperbaiki kedudukan di carta liga, sekali gus lebih bersemangat menghadapi kempen Piala Malaysia pada tahun ini.

KONTRAK KETUA JURULATIH SABAH FC DILANJUTKAN SEHINGGA 30 APRIL TAHUN DEPAN ?️ Baca lanjut di Instagram dan Facebook kami#SabahFC #BangunlahBersatuSemua pic.twitter.com/fAD0CFjQKh

— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) November 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ini akan membantu moraliti pemain agar tampil dengan prestasi terbaik dalam baki perlawanan liga super dan Piala Malaysia yang bakal diharungi tidak lama lagi,” kata Presiden SAFA, Shahelmey Yahya.
#bola sepak #sabah #Liga Super Malaysia #DemiLigaKita
;