Liga Super: Sabah benam Sri Pahang di Temerloh
Saufi Tahir
Ogos 9, 2024 23:14 MYT
Ogos 9, 2024 23:14 MYT
Sabah yang hadir sebagai pasukan pelawat berjaya membenam Sri Pahang 3-2 dan membawa pulang tiga mata dalam aksi sengit saingan minggu kelapan Liga Super 2024/2025 yang berlangsung di Stadium Temerloh, sebentar tadi.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Kpah Sherman seawali minit keenam sebelum Sabah mengawal perlawanan sepenuhnya untuk dengan menamatkan separuh masa pertama dengan tiga gol.
#LigaSuper2024 ⌛FULL TIME RESULT This one wasn't easy, but we brought it home. 3pts ⚽️??#SabahFC #BangunlahBersatuSemua pic.twitter.com/NUU5LrXWDO
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) August 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jaringan The Rhinos hadir menerusi Jafri Firdaus Chew, Farhan Roslan dan Daniel Ting dalam separuh masa pertama untuk menamatkan 45 minit pertama di Temerloh mendahului 3-1.
Begitupun, dalam awal separuh masa kedua Kpah Sherman sekali lagi terlebih dahulu menambah jaringan melalui penyudah tajam Kpah Sherman pada minit ke-48 untuk merapatkan jurang 2-3.
Perlawanan menuju ke minit akhir ⏳#SriPahang #WhereLegendsAreBorn #voltrafootball pic.twitter.com/TKRE7cdbCL
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) August 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, jaringan penyamaan sukar dicari anak buah Fandi Ahmad berikutan benteng pertahanan Sabah yang lebih kemas semasa melakukan pertahanan untuk kedudukan 2-3 kekal hingga wisel penamat untuk Sabah membawa pulang tiga mata penuh.
Skuad kendalian Ong Kim Swee mendaki ke tangga ketiga dalam saingan liga dengan mengumpul 13 mata selepas tujuh perlawanan.