Liga Super: Reziq Bani Hani positif Selangor raih tiga mata berdepan Kelantan Darul Naim

Saufi Tahir
Ogos 9, 2024 00:06 MYT
Penyerang import Selangor, Reziq Bani Hani, percaya pasukannya perlu berwaspada dengan cabaran yang bakal ditampilkan Kelantan Darul Naim (KDN) menjelang aksi minggu kelapan saingan Liga Super 2024/2025, esok.
Meskipun turun selaku pasukan pilihan, ianya bukanlah jaminan buat dia dan rakan sepasukan memandang rendah keupayaan skuad Kijang Emas itu yang pastinya mahu lakar kejutan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Tonggak kelahiran Jordan berusia 22 tahun itu turut memberikan jaminan bahawa dia akan berusaha sehabis baik bagi bantu skuad Gergasi Merah meraih tiga mata penuh seandainya diturunkan berdepan skuad kendalian Park Jae-hong nanti.
"Kami mengertahui pasukan itu dengan baik kerana pada setiap perlawan kami akan melakukan analisis berkenaan pasukan lain.

pic.twitter.com/h7ZJiE3J7z

— Selangor FC (@selangorfc) August 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Setiap pasukan bagus dalam liga ini dan kami perlu menghormati semua pasukan sama seperti perlawanan sebelum ini.
"Kami tidak memandang itu sebagai tekanan tetapi sebagai motivasi, dan kami mahu mendapatkan tiga mata dalam perlawanan itu nanti serta beraksi dengan lebih baik." Katanya kepada Nadi Arena.
;