Liga Super: Reaksi pemain Penang gambarkan perasaan peminat tempatan

Najmi Iman
Jun 24, 2024 18:07 MYT
Penyerang import Kedah Darul Aman (KDA), Ebenezer Assifuah, menjadi wira pasukannya apabila menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Penang 1-0 dalam aksi 'Derby Utara' Liga Super di Stadium Bandaraya, Sabtu lalu.
Penang cuba memberikan reaksi dengan asakan bertali arus menuju ke penghujung aksi tetapi sentuhan terakhir terus mengecewakan mereka sehingga ke wisel penamat.
{^media|(width)1000|(height)1080|(ext).mp4|(url)https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/06-jun/24/whatsapp-video-2024-06-24-at-16-06-55_1.mp4^}stadiumastro-kentico.s3.amazonaws.com/stadiumastro/media/sa-images/2024/06-jun/24/whatsapp-video-2024-06-24-at-16-06-55_1.mp4
Pemain simpanan Penang menunjukkan reaksi yang menggambarkan perasaan keseluruhan peminat tempatan selepas percubaan rakan sepasukannya gagal menemui jaring gol pasukan KDA.
Pemain kebangsaan, Adib Ra'op turut berada dalam situasi selain meluahkan rasa geramnya susulan pasukan Penang terpaksa berputih mata akibat gagal memanfaatkan peluang di hadapan penyokong kesayangan.
#Bola #sepak #Penang #Liga Super Malaysia:, DemiLigaKita,
;