Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Ramadhan Saifullah tekad pacu Kuching City tembusi kelompok empat terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ramadan.jpg
Pemain sayap Kuching City, Ramadhan Saifullah, mengakui masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya musim ini walaupun tersenarai antara 10 penyerang terbaik untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) untuk tahun 2024/25.

Pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim itu sebaliknya tekad untuk meningkatkan lagi prestasinya ke tahap lebih baik selepas berjaya meledak lima gol dalam tempoh setengah musim sepanjang bersama The Cats setakat ini.

"Buat masa ini jurulatih memberikan kepercayaan kepada saya, yang saya lakukan adalah cuba memperbaiki diri dari hari ke hari dan perlawanan demi perlawanan, jadi saya akan buat yang terbaik buat pasukan.








"Pasukan memang sangat gembira kerana sudah sekian lama saya menunggu masa untuk berada di situasi itu, saya akan usaha lagi untuk menambah jaringan.

Begitupun, Ramadhan tidak mahu meletakkan harapan tinggi menjelang ABK 2024/25, sebaliknya fokus untuk perbaiki ketajamannya di hadapan gawang dari masa ke semasa.

"Saya juga tidak mengetahui dalam 10 terbaik, saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi untuk ABK, saya mahu fokus pada Latihan dan perbaiki hari ke hari.

"Harapan adalah untuk berada di kelompok terbaik dalam liga, dan raih mata yang maksimum. Kami akan berusaha untuk berikan yang terbaik." tambahnya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video