Liga Super: Ramadhan ikut jejak langkah Hazwan Bakri ke Kuching City


September 17, 2024 14:25 MYT
Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, antara muka baharu yang akan memperkuatkan jentera serangan Kuching City FC bagi mengharungi baki perlawanan saingan Liga Super 2024.
Ramadhan berkelana ke Kuching City FC dengan status secara ‘pinjaman’ daripada gergasi harimau selatan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif, Kuching City, Iswandi Ali Hassan, berkata, “Ramadhan antara pemain baharu yang menyarung jersi pasukan Kuching City FC selepas bekas seorang lagi penyerang JDT iaitu Ahmad Hazwan Bakri.
“Diharap dengan kemasukannya dapat menambah sengat pada jentera serangan selepas ini,” ujar Iswandi menerusi Suara Sarawak.

?Another big signing! Ramadhan Saifullah ikut jejak Hazwan Bakri sertai Kuching City. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/g7FEU0Axax

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#liga super #JDT #Kuching City