Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Ramadhan ikut jejak langkah Hazwan Bakri ke Kuching City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ramada.jpg
Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, antara muka baharu yang akan memperkuatkan jentera serangan Kuching City FC bagi mengharungi baki perlawanan saingan Liga Super 2024.

Ramadhan berkelana ke Kuching City FC dengan status secara ‘pinjaman’ daripada gergasi harimau selatan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kuching City, Iswandi Ali Hassan, berkata, “Ramadhan antara pemain baharu yang menyarung jersi pasukan Kuching City FC selepas bekas seorang lagi penyerang JDT iaitu Ahmad Hazwan Bakri.

“Diharap dengan kemasukannya dapat menambah sengat pada jentera serangan selepas ini,” ujar Iswandi menerusi Suara Sarawak.
   

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video