Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Puluhan ribu penyokong jadi saksi Negeri Sembilan bangkit 'gigit' Selangor

neghe.jpg
Mio Mio Tsuneyasu menjadi watak penting selepas memacu kebangkitan Negeri Sembilan menewaskan Selangor 2-1 dalam saingan minggu ketiga, Liga Super 2025/26 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Selangor mendominasi perlawanan dalam separuh masa pertama dengan keadaan itu dimanfaatkan pasukan pelawat untuk jaringan pendahuluan menerusi tandukan Richmond Ankrah pada minit ke-12.

Selangor berpeluang menambah jaringan menerusi gerakan solo Faisal Halim, namun sepakannya dinafikan Azri Ghani.

Peluang terbaik Negeri Sembilan hadir menerusi Joseph Esso, tetapi sepakannya ditampan oleh Ariff Ar-Rashid yang berada dalam posisi ofsaid sekali gus menafikan jaringan penyamaan itu.

Meskipun skuad Jang terus memberikan tekanan selepas ketinggalan 0-1, mereka tidak berjaya mencari gol penyamaan untuk kedudukan 1-0 kekal sebelum masuk ke bilik persalinan. 

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan sehingga minit ke-83 apabila Mio Tsuneyasu menjaringkan gol penyamaan buat pasukan tuan rumah.

Ketika kedua-dua pasukan seakan bakal berkongsi satu mata, Mio sekali lagi muncul hero skuad Jang selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit kecederaan untuk menghukum kelebihan jaringan Selangor dengan kemenangan 2-1 di Paroi.
Football

Aksi Padu, Semangat Liga Super

Macam sokongan hangat Liga Super Malaysia — naikkan pengalaman gaming anda, penuh semangat dan gaya juara!


Beli Gear Juara Liga Super!

Advertisement

Must Watch Video