Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Pilih berdamai, Presiden KLFA ada 'permintaan' buat ketua jurulatih KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syed-yazid.jpg
Keputusan untuk berdamai di antara Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, dan ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Risto Vidakovic, membawa kepada titik persefahaman baru.

Pihak pengurusan KL City nampaknya menyerahkan sepenuh tanggungjawab kepada Vidakovic dalam menentukan pemilihan pemain dan keperluan pasukan.

Bagaimanapun, Syed Yazid ada permintaan tersendiri, iaitu lima aksi pertama saingan Liga Malaysia musim ini perlu disudahkan tanpa kekalahan.

Menolak untuk bermasam muka, Syed Yazid yakin dengan kemampuan Vidakovic untuk sekurang-kurangnya menghadirkan 13 mata daripada lima aksi pertama Liga Super musim ini.

"Sebelum ini, kami ada mengeluarkan kenyataan yang kami mahu layak ke ACL (Liga Juara-Juara Asia), jadi daripada itu, kami akan melihat pretasinya sepanjang lima perlawanan terawal ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Kami akan melihat jumlah mata yang diperoleh daripada lima perlawanan ini dahulu dan seandainya ada kekurangan, kami akan berikan bimbingan.

"Daripada lima perlawanan ini, 15 mata adalah cukup baik dan untuk minimum, sekurang-kurangnya empat kemenangan dan satu seri.

"Bagi pihak pengurusan sendiri, apa yang sudah berlaku kita lupakan dan apa jua kekurangan kelab kita perbaiki.

"Kami lebih mengutamakan saingan Liga Super, jadi apa sahaja yang jurulatih mahukan, kami turutkan," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video