Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: PFAM dedah Kelantan FC dikenakan sekatan perpindahan pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safee-pfam-on-kelantan-fc.jpg
Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mendedahkan bahawa Kelantan FC kini sedang dikenakan sekatan perpindahan pemain selepas kelab Pantai Timur itu gagal melunaskan tunggakan gaji pemain dalam tempoh yang ditetapkan.

Presiden FAM, Safee Sali, dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata perkara itu dimaklumkan menerusi satu surat yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berdasarkan keputusan jawatankuasa tatatertib badan induk itu.

Ia bermakna, The Red Warriors kini dilarang membawa masuk sebarang pemain baru menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bermula 5 Julai ini.

Difahamkan juga, hukuman yang dikenakan Jawatankuasa Tatatertib FAM itu merujuk kepada tunggakan gaji dua bekas pemain The Red Warriors, iaitu Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Shahrul Nizam Ros Hasni.

Berdasarkan laporan Nadi Arena, kelab itu dikatakan gagal menyelesaikan tunggakan gaji dua pemain itu sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

"Memang mereka tidak boleh melakukan sebarang perpindahan pemain, mengambil sebarang pemain dalam jendela perpindahan kedua ini," kata Safee.

"Kami akui memang ada terima laporan mengenai tunggakan gaji (pemain Kelantan FC) sebelum ini dan perkara itu memang berlaku.

"Bagi pihak PFAM, saya rasa pasukan Kelantan memang perlu menyerdari kesilapan mereka dan memperbaiki segala kelemahan demi pasukan itu musim depan."

Bagi tunggakan gaji semasa pula, difahamkan bahawa kelab berkenaan perlu menyelesaikannya sehingga tarikh akhir yang ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada 30 Jun ini atau badan pengelola itu akan mengenakan hukuman pada 1 Julai ini seandainya ia gagal dilaksanakan.

Safee menambah: "Bagi pihak PFAM, kami akan cuba berkomunikasi dengan pihak pengurusan Kelantan, jadi kami cuba menyelesaikannya dengan cara baik.

"Memang kami sudah berkomunikasi dengan pihak peguam Kelantan untuk menyelesaikan perkara ini agar ia tidak berlaku lagi di masa hadapan.

"Pertemuan dan perbincangan nanti akan ke arah sesuatu yang lebih baik."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video