Raianderson da Costa Morais (Careca) mempamerkan aksi mempesona ketika membantu Terengganu menewaskan DPMM 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah sebentar tadi.
Pemain kelahiran Brazil berusia 29 tahun itu meledakkan jaringan seawal saat ke-11 selepas sepak mula, di mana dia mencuri bola daripada pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol, Kristian Naumovski.
Sebagai rujukan, rekod gol terpantas Liga Super dipegang oleh Rafael Vitor, yang menjaringkan gol buat penang seawal sembilan saat selepas sepak mula ketika menentang Perak pada 2021.
Nurillo Tukhtasinov kemudian menggandakan kelebihan itu, juga menerusi ledakan jarak jauh, susulan satu insiden kelam-kabut di depan gawang tuan rumah pada minit ke-16.
Careca datang lagi dalam babak kedua, kali ini dengan menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-74 selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan dia dihadang pertahanan lawan dalam insiden lebih awal.
Yan Mabella turut tidak ketinggalan menempa nama selaku penjaring menerusi larian solo yang dilakukannya pada minit ke-85.
Tidak cukup dengan itu, Syahmi Zamri memastikan malam penuh gemilang buat skuad Peteh itu di gelanggang lawan hasil sungkitan cantiknya dalam waktu kecederaan.