Keputusan akhir 13 pasukan yang akan bertanding dalam Liga Super musim hadapan menyaksikan Sri Pahang tiada dalam kancah tertinggi itu.
Menerusi kenyataan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini mengesahkan bahawa Tok Gajah membuat keputusan untuk menarik diri dengan mengemukakan surat yang bertarikh 16 Jun 2025.
Meskipun menerima Lesen Kebangsaan, namun naib juara Unifi Piala Malaysia itu tetap dengan pendirian bahawa mereka tidak akan menyertai kancah tempatan itu.
"Sri Pahang mengambil keputusan menarik diri kerana memerlukan masa untuk meningkatkan dan mengukuhkan lagi struktur dalaman demi menjamin masa depan yang lagi cerah untuk Sri Pahang," katanya dalam satu hantaran rasmi di Facebook.
Ramai yang berpendapat supaya kelab terkemuka itu mempertimbangkan hasrat untuk terus kekal dalam Liga Malaysia (Liga-M) termasuk harapan daripada legenda bola sepak negara, bekas jurulatih mahupun pemain sendiri.
Ibrahim Manusi, Baqiuddin Shamsuddin dan Sergio Aguero antara bintang handalan yang sudah berhijrah meneruskan karier bersama pasukan lain.