Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Perak tamatkan musim di tempat ketujuh atasi Sabah di Likas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak-vs-sabah.jpg
Perak menamatkan saingan Liga Super musim 2024-25 di tangga ketujuh selepas mengatasi Sabah 1-0 dalam aksi terakhir di Likas sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, gol sendiri pertahanan Sabah, Rawilson Batuil, pada minit ke-28 sudah cukup untuk memastikan kekemangan kelapan pasukan bimbingan Yusri Che Lah itu sepanjang musim ini.

Menerusi satu lorongan cantik Firdaus Fuad, Fariz Izdiham kemudian melakukan lintangan yang memaksa Rawilson tertampan bola ke gawang sendiri.

Dengan kemenangan itu, Perak menamatkan kempen dengan 30 mata daripada 24 perlawanan hasil lapan kemenangan, enam keputusan seri dan 10 kekalahan.

Advertisement

Must Watch Video