Perak FC mengumumkan pemain import baru, Adilet Kanybekov, bagi memperkuatkan pasukan itu menjelang musim baru Liga Super.
Pengenalan pemain itu dibuat di hadapan kira-kira 3,000 peminat yang membanjiri Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersempena Majlis Pelancaran Jersi Home Perak FC Musim 2024-2025 malam tadi.
Pemain berusia 21 tahun itu merupakan kapten pasukan skuad B-23 Kyrgyzstan, yang memulakan karier selepas menyertai Akademi Besiktas selain pernah bermain di Republik Czech.
Bintang muda yang bermain di posisi tengah itu beraksi bersama kelab Neftchi di Kyrgyzstan musim lalu sebelum menandatangani kontrak bersama Perak.
Ketika majlis berkenaan, Firdaus Sayadi turut diumum kembali menyarung jersi Perak FC selepas dipinjamkan ke KL City FC musim lalu.
Selain itu, Wan Zack Haikal bersama ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah, turut berada di pentas bersama-sama dua pemain yang diumumkan itu.
Sementara itu, pemain legenda Perak, Chan Kok Heng, bersama bekas ketua jurulatih Perak, Datuk M. Karathu, turut diberi penghormatan memperagakan jersi baharu berwarna kuning skuad Kejor Yob Kejor itu.
Perak juga turut memperkenalkan tiga jenis pas bermusim buat peminat iaitu Silver, Gold dan Black untuk membolehkan mereka menyaksikan kesemua perlawanan di tempat sendiri sepanjang musim 2024-2025.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin, memaklumkan jersi tempat lawan dan ketiga akan dilancarkan pada 15 Mac ini.
Katanya, salah satu warna jersi yang akan ditampilkan itu nanti tidak pernah digunakan oleh pasukan Perak sebelum ini.
-- Sinar Harian