Liga Super: Penyokong Selangor mentaliti Jepun

Saufi Tahir
Mei 27, 2024 14:35 MYT
Penyokong Selangor menerima pujian positif daripada pelbagai pihak apabila dilihat mengutip sampah di sekitar kawasan dalam stadium sejurus tamat pertembungan di antara Selangor dan Negeri Sembilan di Stadium MBPJ, semalam.
Inisiatif yang diambil oleh penyokong itu wajar diberikan pujian oleh semua penyokong di Malaysia dalam menjaga kebersihan di dalam dan luar stadium.

Di open sector kebersihan selepas perlawanan boleh diberikan pujian. Terima kasih kepada sekumpulan penyokong yang beri plastik sampah. Pelan-pelan kita pupuk datang stadium dan menjaga kebersihan stadium. 3 mata! pic.twitter.com/Kem0hdLhXD

— Footy Selangor (@footysel) May 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selangor berjaya melakar kemenangan kedua dalam saingan Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Negeri Sembilan 4-0 dengan dua jaringan hadir menerusi daripada Yohandry Orozco, dan setiap satu melalui Noor Al-Rawabdeh dan Ronnie Fernandez.
Sebelum ini, penyokong Jepun antara yang mendapat pujian daripada peminat bola sepak dunia dengan inisiatif mengutip sampah dalam perlawanan Piala Dunia Qatar, dua tahun lalu.
#Selangor #Liga Super 2024/2025
;