Sejak menjawat tampuk kepimpinan tertinggi itu tiga hari lalu, Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang baru, Syed Yazid Syed Omar, sudah mula melaksanakan tunggakan gaji yang merupakan perkara utama dibuat apabila menyandang jawatan terseut.

Syed Yazid berkongsi bahawa tunggakan bulan Jun bagi pasukan Kuala Lumpur City telah diselesaikan dengan sasaran baki pembayaran tiga bulan setengah dari Julai hingga Oktober akan dilaksanakan secepat mungkin.

"Semalam kami ada membuat pembayaran satu bulan sejak daripada liga bermula di mana kami ada lagi tunggakan tiga bulan setengah.




"Pasukan yang menerima pembayaran tersebut pada semalam ialah untuk skuad utama KL City dan juga Kuala Lumpur Extension.

"Pada masa sama, akhir bulan ini juga kami akan membuat pembayaran di mana kami mempunyai sumber peruntukan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak RM1j.