Pemain import baharu Kuala Lumpur (KL) City, Victor Ruiz, sedia keluar daripada bayangan Manuel Hidalgo apabila hadir sebagai pengganti kepada pemain sayap lincah itu yang kembali ke pangkuan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 31 tahun itu tekad memberi sumbangan besar kepada pasukan bimbingan Risto Vidakovic menerusi pengalaman dan kemampuan di posisi berbeza berbanding Hidalgo.
"Saya sempat berkenalan dan meluangkan masa selama seminggu sahaja bersama Hidalgo.
"Dia ialah pemain yang bagus dan memiliki personaliti yang baik.
"Saya sangat gembira untuk dirinya.
"Posisi kami sememangnya berbeza, tetapi saya berjanji akan buat yang terbaik.
"Saya gembira di sini dan akan mencuba sehabis mungkin," katanya.
Bintang kelahiran Spanyol itu menjadi rekrut terakhir The City Boys untuk jendela pertama perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Dia hadir dengan reputasi baik selaku pemain yang pernah beraksi di pentas Liga Persidangan Europa (UECL) dan Kelayakan Liga Europa (UEL) bersama kelab Switzerland, St. Gallen.
Namun, ini merupakan pengalaman keduanya di Asia selepas mewarnai Liga Pro Saudi bersama Al-Fahya dari 2022 hingga 2023.
"Penampilan kedua di Asia. Saya datang ke sini untuk membantu KL City dan meneruskan kecemerlangan," tambahnya.
Bekas pemain Valencia B itu sudah tampil dalam dua perlawanan bersama KL City dengan jumlah 33 minit beraksi di atas padang bertemu PDRM dan Penang, Ogos lalu.

“They really shocked me for a good thing” Victor Ruiz on peluang beraksi di Liga Malaysia untuk penampilan kedua di Asia dalam kariernya. ??@ASTROARENA pic.twitter.com/rwDw4m0xXR
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 6, 2025