Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Penang umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-rohaimi.jpg
Penang, dalam satu kenyataan sebentar tadi, mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.

Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pada Selasa lalu melaporkan Harimau kumbang sudah mencapai kesepakatan untuk mengambil pengendali berusia 48 tahun itu sebagai pengganti kepada Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

"Wan Rohaimi Wan Ismail kini dilantik sebagai ketua jurulatih baru pasukan Liga Super Penang FC. 

"Beliau membawa pengalaman luas dalam arena bola sepak Malaysia, baik sebagai pemain mahupun jurulatih.

"Pernah beraksi sebagai pemain profesional lebih 15 tahun, Wan Rohaimi turut mewakili negara dalam kejohanan besar seperti Sukan SEA dan Kelayakan Piala Dunia, dengan lebih 40 penampilan kebangsaan. 

"Pada tahun 2003, beliau turut memenangi Piala Sumbangsih bersama pasukan Pulau Pinang," tulis kenyataan itu.
 


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video