Kelab tercorot Liga Super, Penang FC, mengambil tindakan drastik melantik Manzoor Azwira Abdul Wahid sebagai pengendali baru skuad Harimau Kumbang itu apabila 'merehatkan' Datuk Zainal Abidin Hassan.
Penang FC menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan pengurusan kelab itu berterima kasih kepada Zainal Abidin yang telah memberikan bantuan dalam mengendali skuad Haria Penang Haria itu sepanjang saingan liga berlangsung.
"Manzoor Azwira akan mengendalikan pasukan Liga Super Penang FC bermula dengan perlawanan menentang Selangor FC pada 15 Oktober sebagai persediaan menghadapi saingan Piala Malaysia.
"Arahan ini diberikan sebagai sokongan pengurusan Penang FC kepada Manzoor Azwira untuk melengkapkan Kursus Kejurulatihan Diploma Pro A pada tahun 2023," kata Facebook Penang Football Club dalam satu kenyataan.
Manzoor bukan nama asing dalam bola sepak Pulau Pinang apabila pernah membawa Harimau Kumbang menjulang kejuaraan Liga Perdana musim 2020.
Untuk rekod, Zainal Abidin dilantik pengendali baru Penang FC menggantikan Tomas Trucha pada Ogos lalu, sekali gus menyaksikan kembalinya legenda negara itu yang pernah mengemudi skuad Pulau Mutiara berkenaan dalam musim 2017-18.
Semalam, Penang FC menempuh kekalahan ke-15 liga apabila dijinakkan Petaling Jaya City FC 2-0 dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Kali terakhir Harimau Kumbang melakar kemenangan adalah ketika menewaskan Kuala Lumpur (KL) City, 1-0 di Stadium Bandaraya pada 24 September lalu.
Untuk rekod, Penang FC kini menduduki tangga terakhir liga dengan mengumpul 10 mata selepas mengharungi 21 perlawanan hasil dua kemenangan, empat seri dan 15 kekalahan.
Kredit: Sinar Harian