LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Peminat Indonesia hairan kehadiran penonton Malaysia berkurang
Baru-baru ini, tular satu hantaran mengenai statistik kehadiran penonton ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Super Malaysia yang jelas mencatatkan penurunan ketara sehingga mendapat perhatian penyokong bola sepak Indonesia.
Sumber daripada MakanBola menyaksikan pengumpulan data berkenaan rekod kedatangan peminat tempatan bagi aksi minggu ke-19 yang mengejutkan pelbagai pihak, sekali gus menggambarkan kemeriahan terkini bola sepak domestik.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdapat satu ciapan daripada peminat Indonesia yang mempersoalkan rekod situasi tersebut sambil membezakan suasana terdahulu sewaktu legenda Sang Garuda, Bambang Pamungkas, mewakili Selangor pada 2005 hingga 2007.
"Mengapa liga Malaysia jadi seperti ini? Padahal ketika Bambang Pamungkas beraksi bersama Selangor, saya menyaksikan di television peminat Malaysia kerap membanjiri stadium.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kenapa jadi menurun seperti ini? Soalnya.
Dalam masa sama, peminat Persija Jakarta itu juga menzahirkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai individu yang bagus dan profesional dalam industri bola sepak kebangsaan.
Ayuh ramai-ramai penuhi stadium saksikan kelab kesayangan beraksi dan sokong bola sepak tempatan!