Liga Super: Pemain tinggi lampai dari Croatia perkuat Selangor

Saufi Tahir
September 30, 2024 14:51 MYT
Pemain kelahiran Croatia, Nikola Jambor, menjadi taruhan terbaru yang akan memperkuatkan Selangor dalam saingan Liga Super Malaysia 2024/2005 dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Pemain berusia 29 tahun itu mempunyai ketinggian 190cm dan pernah beraksi di beberapa liga di Belgium, Portugal dan Arab Saudi.
Dia telah beraksi sebanyak 179 penampilan sepanjang karier profesionalnya dengan telah menyumbat enam gol serta tujuh bantuan jaringan sejak 2015.
Bekas pemain Hajer di Liga Arab itu melengkapkan pemain import ke-10 The Red Giants selepas Mohammad Abualnadi dari Jordan musim ini.
#Liga Super Malaysia #Selangor #Liga Super 2024/2025 #Nikola Jambor