Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Pemain Selangor pulang daripada Sukan SEA hilang keyakinan -- Cheng Hoe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-vietnam-sea-games.jpg
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, mendedahkan bahawa pemain kelab itu, yang mewakili negara ke Sukan SEA Kemboja baru-baru ini, bagaikan hilang motivasi selepas skuad Harimau Muda itu gagal melangkah jauh dan terkandas di peringkat kumpulan.

Menurut Cheng Hoe, barisan kejurulatihan Selangor dan pemain senior membantu dengan memberikan semangat dan kata-kata positif untuk memulihkan keyakinan mereka.

"Seperti pemain yang baru pulang daripada Sukan SEA, mereka perlu dapat keyakinan semula dan daripada segi mental dan psikologi mereka pelu bersedia.

"Kalau kita lihat pencapaian dalam Sukan SEA, ia kurang memberangsangkan dan sedikit sebanyak menjejaskan psikologi mereka.

"Kami barisan kejurulatihan dan pemain senior sentiasa memberikan kata-kata positif kepada pemain muda berkenaan untuk pulihkan keyakinan mereka," katanya.

Skuad B-22 negara gagal memenuhi sasaran untuk layak ke perlawanan akhir Sukan SEA Kemboja selepas terkandas di peringkat kumpulan.

Harimau Muda menamatkan saingan di tempat ketiga dalam Kumpulan B dengan jumlah enam mata daripada empat perlawanan di belakang Thailand dan Vietnam.

Enam pemain Selangor berada dalam senarai pasukan itu, iaitu Muhamad Syahir Bashah, Muhammad Aliff Izwan Yuslan, Ruventhiran, Harith Haiqal Adam Afkar, Ahmad Zikri Mohd Khalili dan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

Dalam pada itu, Cheng Hoe mahu pemainnya bangkit melakar kemenangan ke atas Perak selepas tewas kepada Sabah sebelum aksi Liga Super berehat bulan lalu.

"Ia perlawanan yang kami perlu bangkit semula selepas kekalahan kepada Sabah tetapi kami perlu berhati-hati kerana pasukan Perak ini apabila bermain di laman sendiri mereka sangat bersemangat.

"Mereka juga menang dengan Kelantan, jadi kami perlu bermain dengan baik dan fokus sepanjang 90 minit," katanya.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video