Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Pemain Bosnia Herzegovina tekad pastikan Penang dalam kelompok lima terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sipovac.jpg
Pemain tengah import Penang FC, Danilo Sipovac, mengakui dia dalam fasa menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Malaysia sebaik sahaja tiba menyertai Harimau Kumbang awal Jun lalu.

Tonggak kelahiran Banja Luka, Bosnia Herzegovina, itu meletakkan sasaran untuk membantu pasukannya menamatkan saingan Liga Super 2025/2026 di kelompok lima pasukan terbaik.

Pemain berusia 25 tahun itu turut berharap dengan tempoh pramusim yang sedang dijalani pasukan ketika ini mampu memberikan ruang dan peluang untuk dia memahami taktikal pengendali, Wan Rohaimi Wan Ismail, sekaligus bentuk keserasian bersama rakan sepasukan.

"Saya sangat gembira untuk bersama Penang. Ini adalah pasukan yang sudah lama dalam kancah Liga Malaysia.

"Rakan sepasukan juga memberikan kerjasama yang baik. Saya berasa sangat gembira berada dalam pasukan ini."

Advertisement

Must Watch Video