SRI PAHANG 2 PDRM 3
PDRM mempertahan kelebihan yang diperoleh dalam separuh masa pertama untuk menumbangkan Sri Pahang 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.
Sri Pahang terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Kpah Sherman seawal minit kelapan tetapi selepas itu, Tok Gajah berdepan keruntuhan prestasi menuju ke separuh masa.
Ia bermula dengan jaringan penyamaan PDRM hasil sepakan penalti Bruno Suzuki pada minit ke-35 sebelum Dzulfahmi Abdul Hadi meletakkan Sang Saka Biru di depan pada minit ke-42.
Tidak cukup dengan itu, Bruno sekali lagi menjadi duri dalam daging buat tuan rumah apabila memperoleh jaringan kedua peribadinya dalam waktu kecederaan separuh masa pertama.
Sri Pahang menggandakan asakan mereka dalam babak kedua dan berhasil mendapatkan sepakan penalti berikutan insiden penjaga gol PDRM, Ramadhan Hamid, didapati menjatuhkan Zuhair Aizat Nazri dan Stefano Brundo tidak mensia-siakan peluang itu untuk merapatkan jurang.
Tok Gajah kemudian melakukan segala-galanya untuk mencari gol penyamaan tetapi terpaksa akur menelan kekalahan kelima musim ini, di sebalik kekecohan pertelingkahan pemain yang berlaku pada penghujung permainan.