Liga Super: PDRM pamer aksi terbaik -- P. Maniam

Ammar Hakim
Disember 19, 2024 19:27 MYT
Hatrik separuh masa pertama Ifedayo Olusegun membantu PDRM mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan Darul Naim dalam aksi Liga Super semalam.
Kemenangan itu membawa senyuman kepada wajah jurulatih PDRM, P. Maniam, yang menyifatkan anak buahnya memberikan antara prestasi terbaik mereka musim ini.
Bagi jurulatih Kelantan, Rezal Zambery Yahya, isu jumlah pemain yang makin mengecil serta kecederaan yang melanda skuad itu menyebabkan anak buahnya gagal untuk memberi tentangan.
Dalam perlawanan itu, PDRM hanya memerlukan lima minit untuk memecah kebuntuhan menerusi Ifedayo.
Pelawat berjaya meletakkan bola dalam jaring PDRM namun pada minit ke-24, tetapi jaringan tersebut dibatalkan selepas pengesahan VAR.
Sebaliknya, PDRM menggandakan jaringan menerusi Ifedayo pada minit ke-32 sebelum dia melengkapkan hatrik tujuh minit kemudian.
Namun Ifedayo kemudian dilayangkan kad merah selepas mengasari Aqif Asyraaf sebelum masa rehat.
Tetapi ia tidak mampu menghalang PDRM daripada menjaringkan dua gol lagi di babak kedua.
Shahrel Fikri Mohd Fauzi mencetak nama selaku penjaring gol dengan meledakkan jaringan pada minit ke-66 dan kemudian pada minit ke-71 untuk menoktahkan kemenangan lima kosong PDRM.
#liga super #PDRM #Kelantan Darul Naim
;