Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: PDRM pamer aksi 'luar biasa' -- Eddy Gapil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pdrm.jpg
Isu pembayaran gaji yang membelenggu skuad PDRM meletakkan pasukan itu seolah-olah dalam kondisi terganggu dengan isu luar padang.

Namun aksi di Stadium Selayang semalam menafikan keadaan itu -- malah skuad kendalian Eddy Gapil tampak lebih teruja untuk mencetak jaringan sekaligus memastikan kemenangan 3-1 kepada Kelantan The Real Warriors. 

Luar biasa! -- itu ditegaskan Eddy dalam sesi sidang media selepas kemenangan pertama PDRM bagi aksi Liga Super musim ini.

Lain pula intonasi jurulatih Kelantan TRW, E. Elavarasan, yang mengakui anak buahnya melepaskan dua jaringan mudah kepada pasukan tuan rumah yang membawa natijah sukar untuk mereka kembali bangkit.

Bagi Elavarasan, kekalahan pasukannya semalam membawa maksud ada pembelajaran yang perlu diserap pemain, apatah lagi aksi selepas ini bakal menampilkan pihak lawan yang lebih ampuh.

Advertisement

Must Watch Video