Liga Super: PDRM mampu tampung ketiadaan Ifedayo Olusegun


Julai 10, 2024 19:32 MYT
Situasi rumit yang dilalui PDRM ketika ini menyemarakkan semangat juang Kyaw Min Oo untuk kembali memacu skuad Sang Saka Biru mencetak kemenangan di Kuching, Jumaat ini.
Selepas mengharungi empat perlawanan, PDRM merekodkan satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.
Enggan melihat senario ini berterusan, Min Oo terpanggil untuk menggemudi serangan PDRM dalam perlawanan seterusnya bertandang ke Kuching City memandangkan status kecederaan pangkal paha Ifedayo Olusegun yang masih menjadi tanda tanya.
"Kuching City sebuah pasukan yang sentiasa bersemangat tinggi di atas padang.
"Apa pun kami akan berjuang untuk mencapai kemenangan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Menambah keterujaan dan keyakinan Min Oo, keserasian terhadap taktikal dan tanggungjawab yang diberikan P Maniam akan dibalas menerusi persembahan terbaik.
"Ketiadaan Ifedayo satu kehilangan besar tapi kami masih mempunyai Bruno Suzuki.
"Pasukan ini mempunyai pemain import yang bagus termasuk tempatan jadi kami sedia berjuang," katanya.
#liga super #Liga-M #DemiLigaKita
;