Pengurus PDRM, Mohd Shamshul Hisham Abd Razak, mengesahkan pihak pengurusan pasukan itu telah mencapai persetujuan bersama dengan tonggak import, Prince Aggreh, untuk menamatkan kontrak lebih awal.
Perkata itu jelas memberikan kesukaran buat The Cops namun, pihak pengurusan menghormati keputusan pemain kelahiran Nigeria itu untuk membawa haluan masing-masing selepas menerima tawaran lebih baik daripada kelab Liga Premier Kuwait, Khaitan SC.
Dalam masa sama, skuad Sang Saka Biru tersebut kekal menaruh kepercayaan kepada pengendali, P.Maniam, meskipun sekadar mencatatkan satu kemenangan dan mengalami tiga kekalahan dalam lima perlawanan terakhir saingan Liga Super.
"Sedikit terkilan kerana Prince Anggreh memperagakan persembahan memukau namun, PDRM terpaksa akur dengan keputusan untuk melepaskan pemain tersebut demi masa depan yang lebih cerah.
"Untuk makluman, PDRM tanpa sebarang kegagalan melunaskan pembayaran gaji dan tiada spekulasi mengatakan tunggakan gaji berlaku," katanya.

Pengurus PDRM FC, Shamshul Hisham Abd Razak sahkan tonggak import, Prince Aggreh tinggalkan pasukan selepas capai persetujuan bersama dengan pihak pengurusan 'The Cops'.
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) July 24, 2024
Laporan penuh di Nadi Arena 7.30 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/fwoGZ8H6dg